Wednesday, 13 June 2012

Syarat-syarat Nak Buat Maksiat

Assalammualaikum semua..
Korang sume nak thu tak apa syarat2 nak buat maksiat??  Nak buat maksiat ada 5 syarat.. Kalau Korang nk tahu korang baca kisah ini:



Suatu hari ada seorang lelaki yang
menemui Ibrahim bin Adham.
Dia berkata,"Wahai Aba Ishak! Selama ini
aku gemar bermaksiat. Tolong berikan
aku nasihat."
Setelah mendengar perkataan tersebut
Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu
menerima lima syarat dan mampu
melaksanakannya, maka boleh kamu
melakukan maksiat."
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar
bertanya. "Apakah syarat-syarat itu,
wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata,
"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat
kepada Allah, jangan memakan
rezekinya."
Mendengar itu dia mengernyitkan kening
seraya berkata, "Dari mana aku mahu
makan? Bukankah semua yang ada di
bumi ini rezeki Allah?
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau
kamu sudah memahaminya, masih
mampukah memakan rezekinya,
sedangkan kamu selalu berkeinginan
melanggar larangan-Nya?"
"Yang kedua ," kata Ibrahim, "kalau
mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-
Nya!
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut
setengah mati. Ibrahim kembali berkata
kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah,
apakah kamu layak memakan rezeki-Nya
dan tinggal di bumi-Nya , sedangkan
kamu melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu.
Dia kemudian menanyakan syarat yang
ketiga . Ibrahim menjawab, "Kalau kamu
masih mahu bermaksiat, carilah tempat
tersembunyi yang tidak dapat terlihat
oleh-Nya!"
Lelaki itu kembali terperanjat dan
berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat
macam mana? Mana mungkin Allah tidak
melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin
demikian, apakah kamu masih
berkeinginan melakukan maksiat?" kata
Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta
syarat yang keempa t.Ibrahim
melanjutkan, "Kalau malaikat maut
datang hendak mencabut rohmu,
katakanlah kepadanya, 'Ketepikan
kematianku dulu. Aku masih mahu
bertaubat dan melakukan amal
soleh'." Kemudian lelaki itu
menggelengkan kepala dan segera
tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin
malaikat maut akan memenuhi
permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah
meyakini bahawa kamu tidak boleh
menunda dan mengundurkan datangnya
kematianmu, lalu bagaimana engkau
boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang
kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai
Abdullah kalau malaikat Zabaniyah
datang hendak mengiringmu ke api
neraka di hari kiamat nanti, jangan
engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu
insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak,
sudah pasti malaikat itu tidak
membiarkan aku menolak kehendaknya."
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan
Ibrahim. Air matanya bercucuran."Mulai
saat ini aku bertaubat kepada
Allah." katanya sambil terisak-isak.
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu
ayat..."Sebaik -baik manusia itu
adalah mereka yang memberi
manafa'at kepada manusia lain.

Jadi adakah korang sume boleh melaksankan kesemua syarat2 tersebut?? Kalau boleh korang buat lah maksiat sesuka ati korang.. hehe..

Wanita Itu Istimewa


ya اَللّهُ, mengapa wanita sering menangis?

Jwbnya: Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakan ia sbg makhluk istimewa,
KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,
... KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,
KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,
KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah,
KU beri dia naluri utk mencintai anak2 dlm keadaan apapun,
KU kuatkan batinnya utk ttp menyayangi walau dikhianati oleh teman,
walau disakiti oleh "orang" yang ia sayangi
Wanita mahluk kuat,
tapi jika satu saat dia menangis itu kerana KU beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

"WANITA..KAMU ISTIMEWA"

Jadi wanita di luar sana janganlah rasa merendah diri jika anda itu wanita.. 

Tuesday, 12 June 2012

Kisah Tauladan 2

Assalammualaikum semua..
Ini merupakan kisah tauladan yang seterusnya..



Seorang ank dtg mengadu pada ayhnya bahawa dia sukar sekali mengawal kemarahan. "Apa yg harus saya buat ayh?". Si ayh lantas mencadangkan setiap kali anknya berasa marah, ambillah tukul dan pakukan satu paku di dinding. Anknya menurut dan dlm 1 mggu itu, hampir 70 buah paku telah dipakukan ke dinding. Ayhnya lantas bertanya, "Adakah kau merasa lbh baik anakku?" Si ank lantas mengangguk. Ayhnya kemudian meminta si ank menanggalkan kembali paku2 yg ada pd dinding itu dan bertanya, "Adakah kau nmpk kesan2 yg engkau tgglkn pada dinding tersebut?" Anknya kemudian melihat pd lubang2 yg d'tiingglkn kesan dr paku tersebut. Ayhnya lantas berkata, "Wahai anakku, kamu mgkin berasa lbh baik setelah melepaskan kemarahan, ttp ketahuilah, kamu meningglkn kesan pd org yg kamu lemparkan kemarahanmu padanya. Dia mungkin dpt memaafkan, ttp pasti sukar utk melupakan"

Jadi janganlah kita hanya memikirkan perasaan kita je. Fikir la perasaan orang lain juga..




Kisah Tauladan



Assalammualaikum semua..
Pada hari ini saya ingin membawakan satu cerita yang mungkin boleh dijadikan tauladan.. Cerita ini saya ambil dari internet :


seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas 
mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital..
dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan..
dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya..

apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..

"kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..??
kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..??
kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??"

doktor tersebut tersenyum dan berkata :

"sy minta maaf, saya berada di luar hospital & sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu.. dan sekarang, saya harap anda bertenang.. jadi, saya dapat buat kerja saya.."

"bertenang kamu kata..?!
kalau anak kamu berada dalam bilik 2 skrang nie, bolehkah kamu bertenang..??
kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..??
kata si ayah dgn marah..

si doktor tersenyum lagi & berkata :
" saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci
" drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali"..
doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang..
Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu.."

"memberi nasihat bila kita x mengalaminya memang senang..!"
kata si ayah..

pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..
x lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira.. "

alhamdulillah..anak anda selamat..!"

dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah

"kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat..!"

"kenapa doktor tu sombong sangat..?!
x boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?!
"komen si ayah selepas melihat jururawat..

jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya :
"anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya.
Dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik. Dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya..

So the moral of the story is : Never judge anyone because you never know how their life is & what they're going through..."