“Ramadan ini terbahagi kepada 3 fasa, iaitu 10 ramadan yang pertama adalah rahmat, 10 ramadan yang kedua adalah keampunan dan 10 fasa terakhir adalah fasa pembebasan dari api neraka.”
Sepuluh hari terakhir Ramadan adalah saat di mana Rasulullah SAW meningkatkan amalan dengan berjaga malam, beriktikaf dan mengejutkan ahli keluarga untuk bersama dengannya.
Berlalunya sebahagian besar dari hari-hari Ramadan sewajarnya menimbulkan kecemasan kepada kita. Apakah selama 19 hari kita berpuasa benar-benar telah menjadikan kita manusia yang bertakwa atau sebaliknya?
Kini tibalah fasa terakhir, pembebasan api neraka pada 10 akhir Ramadhan.
Inilah masa utk kita buat pelaburan utk saham akhirat. Pelaburan ni tk perlukn duit tetapi ianya memerlukan masa dan hati yang cekal dan azam yang tinggi.
Cabaran kpd umat di bulan ramadhan dan 10 akhir ramadhan,
bazar Ramadhan vs bazir Ramadhan.
Lailatul Qadar vs Lailatul Kamdar.
Malam Qadr mempunyai banyak tanda dan alamat. Di antara tanda-tandanya ialah matahari terbit dengan sifat yang ia tidak mempunyai sinaran yang terik. Malamnya nyaman, tidak panas dan tidak pula sejuk, waktu pagi matahari terbit dalam warna kemerah-merahan.
Perkara utama yang sepatunya diingati ialah bahawa Malam Qadr adalah suatu malam yang penuh kelebihan dan kemuliaan. Setiap daripada kita perlu mengambil kesempatan untuk melakukan ibadat dan jangan sekali-kali menahan dirinya daripada menadah tangan untuk berdo’a. Dengan menyebut:
اللهم إنك عفو تحب العفوفاعف عني
“Maksudnya: Ya allah! Engkaulah yang Maha Pemaaf dan Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah diriku.”
Imam Al-Sawi menyebut dalam kitab tafsirnya: Sebaik-baik doa yang dipinta pada malam itu ialah keampunan dan kesihatan.
Akhir kata, sama-samalah kita memohon kepada Allah agar memberi manfaat kepada kita dengan nilai-nilai kebaikan Ramadan serta bekal yang ada di dalamnya. Semoga Allah menjadikannya bermanfaat untuk kita.


